PENGUMUMAN KELAS DEKORASI

HORMATI AZAN
(DIAM KETIKA AZAN BERKUMANDANG)
MASA ITU EMAS


JADUAL KELAS DEKORASI CAKE/CUPCAKES UNTUK 2010 AKAN DIUMUMKAN KELAK.


SELAMAT TAHUN BARU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA, TERUTAMA ADINDA DAN KEKANDA YANG SEMPAT MENGHADIRI KELAS DEKORASI YANG TELAH SAYA ANJURKAN SEPANJANG TAHUN 2009.

"SATU PENGALAMAN INDAH DAN MENAKJUBKAN....DAN SAYA SANGAT TERUJA KERANA KELAS YANG BERLANSUNG SEMALAM (19 DISEMBER 2009) ADALAH YANG TERAKHIR UNTUK TAHUN INI; DAN JUGA SEBAGAI TANDA SAYA SUDAH PUN BERJAYA MELUNASI AZAM SAYA UNTUK TAHUN 2009. ALHAMDULILLAH.

KERJASAMA DARI SEMUA PEMBACA YANG SELAMA INI SETIA MELAYARI PENTAS LAYAR CUPCAKEKASIH, SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH. SEMOGA DAPAT BERKARYA LAGI UNTUK TAHUN 2010. INSYAALLAH. AMIN.






DECORATING CUPCAKES FOR BEGINNERS

WEDDING CAKE DECORATION CLASS

WEDDING CAKE DECORATION CLASS
SILA EMAIL UTK KETERANGAN LANJUT

KELAS DEKORASI HANDBAG

KELAS DEKORASI HANDBAG
KLIK GAMBAR

KELAS DEKORASI HANDBAG

KELAS DEKORASI HANDBAG
Sila email saya untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kelas dekorasi handbag.

TEMPAHAN

TEMPAHAN
Sila email tempahan anda kepada kasihroslan@yahoo.com untuk mendapatkan quotation kek dan cupcakes yang dihajati. Sila sertakan juga maklumat berikut: nama, no hp, pick-up date, jenis tempahan (cake/cupcakes), tema dekorasi, warna, quantity dan budget. Usulkan tempahan anda sekurang-kurangnya sebulan lebih awal ya. TQ

Tuesday, December 22, 2009

Perjalanan Kita Mesti Diteruskan

YA! Lebih kurang enam hari lagi kita akan sambut tahun 2010. Berubah lagi kalendar kita dan umur pun semakin meningkat....setahun lagi. Jadi, terlanjur bercakap pasal umur ni, saya minta maaf ya sebab kali ini mukadimmah entry saya bersifat agak peribadi.


Saya nak ucapkan selamat harijadi kat Adam.


HARI ini Adam Roslan genap 15 tahun. Itulah satu-satunya anak lelaki saya. Itulah juah, itulah penawar. Kalau hati bengkak dek kerana kerenah Adam pun, saya telan saja. Tapi, alhamdulilah, Adam ni sebenarnya tak banyak songeh. Kalau kita marah kat dia macam mana pun sekalipun, tapi kalau dipanggil dia tetap akan datang juga. Dia tak pandai tarik muka, tak pandai sentap. Rajin tolong saya pergi kedai. Walaupun sehari 10 kali pun saya suruh, Adam tak pernah bantah. Mujurlah kedai pun tak jauh dari rumah ... dalam lima minit jer jalan kaki.


Pagi tadi, dalam MHI, terselit berita pembantu rumah lari dengan boyfriend, tinggalkan anak majikan yang baru berumur 3 tahun tu seorang diri, lebih sembilan jam lamanya, sampai budak tu lembik lotek. Eh! Ngeri betul bila saya dengar cerita macam ni. Tapi apa kena mengenanya cerita maid jahat itu dengan intro saya tadi?


:-))


Sebenarnya, bila sebut bab maid ni, saya memang tak berani nak komen lebih-lebih sebab walaupun setakat ini maid saya semuanya ok, boleh diberi award 'Tip Top maid in the world', tapi pada masa akan datang kita tak tahu lagi.


Tapi bukannya saya tak pernah ada pengalaman pahit dengan maid. Kalau nak tahu, saya mula pandai pakai maid ni pada tahun 1995. Sebelum tu Adam dan Alia dijaga emak mentua, kemudian hantar nursery dan bila kerja makin banyak kat pejabat dan selalu balik lewat...dan kena bayar lebih masa kat nursery....mulalah saya rasa perlu ada maid.


Maklumlah, rumah masa tu dah macam kapal pecah. Kain baju kering kat penyidai dan ada yang tak sempat nak dilipat...bertimbun macam busut. Kalau nak cari baju (....nak cari katok lagi teruk), kena seluk tangan dalam timbunan baju tu. Macam main game misteri cari harta karun pulak!


Jadi dipendekkan cerita, bila dah penat, dan bila hari minggu kita tu banyak dihabiskan dengan mengemas rumah saja, maka mulut pun jadi ringan jer membebel. Last-last, bila dah makin tak larat dah nak main jeling-jeling kat cik Suami yang nampaknya begitu tabah mendengar leteran saya, akhirnya saya decided untuk pakai maid! Titik!


Dan maid saya yang pertama tu bertaraf 'pendatang karam'. Saya main ambik tangkap muat jer kat Kampung Pandan dan dia boleh dikategorikan sebagai 'sampah'. Sebenarnya saya marah sangat ni sebab saya percaya sangat kat maid yang nampak macam baik hati tu. Tujuan utama saya ambil dia ialah untuk menjaga Adam, yang kala itu baru umur lapan bulan. Bab masak saya buat sendiri dan kemas rumah tu saya pesan buat mana yang mampu jer. Kalau Adam meragam, tak payah kemas rumah. Dodoi dia saja.



Dan nak dijadikan cerita, seminggu selepas maid yang tak berapa cun tu duduk dengan saya, Adam asyik kena cirit-birit saja. Masuk minggu ketiga, keadaan tak juga reda. Doktor pun pening. Masa tu saya ni memang sibukkkkk sangat dengan kerja....sibuk tahap dewa. Jadi tak terfikir pulak nak CSI maid satu ni. Maklumlah, bila kita balik kerja, Adam nampak comel jer. Dah mandi, siap berbedak. Dia gendong sambil diulik dan didodoi. Tapi yang saya tahu, Alia (masa tu dalam 4 tahun), memang tak suka sangat kat maid ni.


Sampailah sebulan selepas tu, Maid from Hell ni sentap kerana saya tak luluskan permintaannya mahu minta gaji advance tiga bulan. Dan akibat bengang dan nak ajar saya kononnya, pagi itu juga dia bungkus kain baju, minta saya hantar dia ke rumah tekongnya. Tanpa kompromi!



Saya, walaupun susah hati sebab pagi tu ada meeting yang maha penting , tapi tetap ikut saja kehendaknya. Buat apa kita nak simpan lagi orang yang banyak onar macam tu. Silap haribulan, digulainya anak teman. Dan selepas maid tu pergi, baru ler maid jiran saya berani bercerita kat saya perihal maid p**** tu, yang rupa-rupanya setiap hari kerjanya hanya bagi susu basi kat Adam. Saya terlopong. Sedihnya saya, Tuhan saja yang tahu. Baru saya tau kenapa si Adam ni selalu cirit. Rupa-rupanya, maid tu tak pernah basuh botol susu Adam, sebaliknya cuma tambah jer air paip and susu dalam botol yang sama -- dari pagi sampai malam. Padahal bukannya botol susu tu satu jer. Dan yang lebih menyakitkan hati, setiap hari dia sumbat Adam dengan maggi! @#!:-(((


Dan dipendekkan cerita, saya dapat pengganti, seorang maid yang saya anggap diikirim khas dari syurga. Memang dia ni tua sikit, tapi pandai jaga budak, jaga rumah dan yang penting, dia adalah tukang urut tradisional Jawa. Masa kat kampung dulu, dia ni ala-ala bidan. Eh! Akak terus jadi 'mem' besar dek. Cuba bayangkan kalau setiap kali balik kerja, dia offer urut sana-sini. Ibarat macam ada Spa dalam rumah! Dan bila beranak, saya tak perlu cari bidan urut. Dilulur dan diurut saya lebih 44 hari. Alhamdulillah.

Dan bersama-sama Makcik ni, empat anak saya hidup sejahtera. Adam yang kurus jadi gebus. Arina dan Kasih usah cakaplah...manja giler. Dan kerana Makcik boleh dipercayai, saya dapat kembangkan tahap kerjaya saya dan kalau kena pi assigment oversea pun saya tak susah hati.


Dan akhirnya Makcik pulang ke Surabaya for good dua, tiga tahun lepas -- selepas Adam sambut birthday yang ke-13. Dan selepas Makcik pergi, saya pun berhenti kerja sepenuh masa. Jeran nak biar Kasih (yang masa tu baru setahun lebih) dijaga maid yang tak tentu keturunan . Dan apabila saya kembali sibuk dengan kerja sekarang, baru saya ambil maid baru -- yang alhamdulillah -- boleh diharapkan. Kalau setakat bancuh fondant, adun gum paste, buttercream, bakar buttercake atau kek coklat tu -- sekelip mata saja dia siapkan. Dan yang penting nya, si Nartik ni adalah pembantu yang dipilih khas oleh Makcik untuk saya. Depa berasal dari kampung yang sama.



Jadi itulah cerita saya....mengenai pembantu. Jadi, saya faham benor dilema sesetengah pembaca yang berhajat mahu berhenti kerja sebab anak taka da orang nak jaga. Tapi kalaiu berhenti nak buat apa? Ada yang datang belajar dekorasi dengan saya sebagai exit plan untuk persediaan bersara awal. Bagus tu.


Tapi ada juga yang nak belajar, tapi bagi 101 macam alasan yang diawali dengan perkataan 'susah', dan itu semua dijadikan penyendal depa masih tak mampu bergerak ke sana ke mari untuk meningkatkan kemahiran diri. Itu saya tak berani nak komen. Masalah orang dengan masalah kita lain. Jadi timbang tara sebaik mungkin ya. Tapi kalau tanya saya...jawapannya mudah saja....'kalau kita tak tolong diri kita sendiri, orang lain tak boleh nak buat apa.'



Jadi, Akhir kalam, saya kongsi lagi beberapa gambar teman kita yang sudah selamat sampai ke teratak saya untuk belajar dekorasi...dan pulang dengan seribu rasa kembang bahagia di hati.



Diperkenalkan...Intan Soraya dari Perth
Perth?
Ya...dia ni tingga di Perth dan bertahun-tahun dah dan baru-baru ni Intan pulang bercuti dan sempat juga curi-curi masa untuk mempelajari seni dekorasi cupcakes.
Syabas mere betty!






Ini pula Siti MArlina, jurutera dan di sebelah Siti Marlina pula ialah Illa, ibu kepada anak kembar yang comel, dari Rawang.



Diperkenalkan juga Rina dan Noorakma. Saya ingat depa ni masih single-mingle.,...tapi rupanya sudah ada anak. Slim tu....teringat zaman akak muda-muda dulu.



Ini pula Maznah Sarun. Ligat buat kerja, dan hasilnya pun cantik. Kreatif gitu...maklumlah orang pandai jahit baju. Tangan tu lembut berseni.




Ini....Wan Aisyah...hyper juga budak ni. Aisyah masih lagi belajar kat MMU.




Ok, yang tudung hija tu Intan Azzura.
Maaf ya kalau tersilap sebut, tapi ini Salmi. Betul ke dinda? Salmi kan?
Kak Jun dah tua...selalu tersasul.



Ini pula Yati dari Putrajaya. Katanya kerja di Mahkamah. Peguam kot!


Ini anak emak ni...buah hati pengarang jantung Puan Zaiton. Dia yang called saya, minta masukkan nama anaknya, Aziyan dalam kelas dekorasi saya tu. dan bertuahnya Puan Zaiton sebab anak daranya yang cute ni memang suka baking. Cuba masuk blog dia....ada saya link kat Jejak Kasih.

Ini pula kerja kat pejabat PM. Tak payah saya sebut bahagian apa ya. Tapi, kata Siti, dia belajar ni sebab nak hilangkan stress kerja. Nak buat something yang diffrent dari ruang lingkup kerjanya. Satu lagi Syabas Mere Betty!





Ini pula Lily Zafirah. Kalau bercakap jelas butir bicaranya dan suara pun lemak.
Sesuai jadi DJ radio ni.





Akhir kalam...maafkan kak Jun ya Noorakmawati sebab gambar you tak ada. Puas cari, puas belek..memang tak ada.


Sampai jumpa lagi dan maaf kalau ada tersilap bicara, tersilap rasa.


muah

p/s: Lupa nak bagi tahu, maid saya yang pertama tu...dengar ceritanya kena tangkap sebab selepas berkerja di rumah saya, dia kerja pulak kat rumah orang lain. Dan khabarnya, dia 'tertangkap basah' dek majikannya sendiri ketika dia sedang mendera anak majikannya itu. Ada ker patut budak tu diikat kaki tangan dan dibiar melalak kat dalam rumah. Dia pi merayap....ebtah ke mana? Hampas kelapa betul!


Saturday, December 19, 2009

Penghujung Sebuah Rindu, Awal sebuah Harapan

ADAT orang bercinta, pasti mahu diakhiri dengan ikatan yang lebih bermakna. Jadi, penghujung sebuah rindu mereka yang terpendam itu adalah sebuah perkahwinan -- yang juga menjadi sebuah harapan bagi satu masa depan yang indah dan mengasyikkan.


....dan bagi saya, selagi ada rindu dan selagi ada harapan...selagi itulah saya akan menyepuh dan mancanai fondant :-))


...kadang-kadang terdetik juga di hati saya, kenapa ler zaman aku kawin dulu benda-benda ni semua tak ada. Maklumlah, kalau awal 90-an dulu, kek fondant ni hanya mainan orang kaya dan bangsawan sahaja. Kira-kiranya, golongan marhain ni cuma boleh berpuas hati dengan kek krim saja. Itu pun bukannya yang ditempah khas, tapi sekadar yang kita `tunjuk-tunjuk' kat dalam lemari kaca jer. Hatta, kek coklat bersalut chocolate ganache pun sudah termasuk golongan mewah. Jadi kebanyakan pengantin lewat 20 tahun lalu terpaksalah beraleh kepada halwa maskat, bingka dan buahulu. Maklumlah, kek hanya ada nun di kotaraya. Jadi kalau yang dok kat dalam-dalam sikit tu...kat ampung ker...pendalaman ker -- kita buat apa yang adal sajaah. Kek hantaran saya dulu pun saya tak ingat dah macam mana ropanya. Tapi saya rasa kek tu saya beli kat Komplek PKNS saja.
:-))



Apapun, masa adik saya, bertunang saya dah pandai order cake fondant daripada Kak Lina (Norzailina Nordin) dan cake kawinnya juga kek fondant, yang saya tempah daripada Chef Wan. Maklumlah, masa tu saya dan pun menjadi wartawan majalah Jelita dan sempatlah kenal kedua-dua Chef ni.


Dan...yang lebih kelakar lagi, masa dulu, saya mati-mati ingat royal icing dan fondant itu adalah benda yang sama :-)))


Maklumlah, masa tu saya ditugaskan menjaga meja kecantikan. Jadi kalau nak tanya segala macam hal skincare and make-up tu saya hafal di hujung lidah sajalah. Tapi kalau nak tanya pasal fondant? Memang soalan yang hanya boleh saya jawab dengan sengeh saja.

Iyalah.....sedangkan buat kek pun saya cuma pakai yang segera dalam kotak tu saja. Itupun adalah setahun sekali kot saya tergamak buat kek sendiri. Selebihnya? Mana lagi kalau bukan Secret Recipe. Ataupun, kalau kebetulan cik Suami ke Shah Alam, dia akan beli kek di Melting Pot. Bukannya sebab kek situ kelas sangat ke...atau apa ker. Tapi sebab after 5.00 pm semua kek dapat diskaun 50%! Bijak kan?


....hinggalah ke Disember 2007, apabila secara tidak sengaja saya bertemu dengan laman web pasal cupcakes, dan sangat teruja melihat kecantikan hiasannya yang saaaaangat cute tu. Sebenarnya masa tu saya sedang mencari bahan untuk menyiapkan buku untuk satu kementerian tu. Saya buat research di bawah tajuk budaya masyarakat Malaysia, -- 'Makanan Tempatan".


Ya! Saya berani declare...itulah permulaan bagi segala-galanya. Iaitu sebuah cerita baru, chapter baru dalam hidup saya.



Jadi, menjelang penghujung Disember 2009 yang manis ini, saya ingin berkongsi lagi, beberapa keping gambar cake dan cupcakes yang sempat saya canai dan saya gubah, istimewa untuk pasangan bahagia --- sama ada yang mahu bertunang atau menikah.


captions: Sedulang cupcakes bersulam warna krim dan keemasan, ditempah khas oleh Fazrah, untuk kakaknya. Fazrah minta saya gubah cupcakes kakaknya itu sama seperti yang saya buat untuk Hazlun beberapa bulan lalu (LAYOUT DESIGN BY JUNE FOR CUPCAKEKASIH)

Pastilah saya teruja kerana karya manis saya menjadi sebahagian 'cerita' bahagia sebuah percintaan. Jika pengantin menganggap sedulang cupcakes atau kek ini adalah sebagai tanda kasih sayang mereka, bagi saya pula, setiap hasil karya itu adalah sebuah perjalanan -- dan saya sendiri tidak tahu titik penghujung bagi perjalanan kali ini. Itu kerja Allah. Tugas kita cuma menyempurnakan saja apa yang sudah ditentukan untuk kita.

caption: Sekarang saya tengah cuti panjang...jadi ada chance explore Photoshop lagi. Cantik tak collage saya buat ni? :-))

Set cupakes bertema puteri ini pula ditempah oleh Farah untuk puteri tunggalnya, Aleya. Kata Farah, dia sedang google untuk mencari perihal cupcake bersempena sambutan harijadi anakanda kesayangannya itu. Dua hari selepas majlis itu, Farah sms saya untuk mengucapkan terima kasih serta menyatakan keterujaanya yang tidak terhingga pada bingkisan karya saya itu. Thanks Farah.



Kek hantaran dengan tema keemasan ini pula diminta oleh Ena. Sebenarnya semasa bertunang dahulu pun Ena telah menempah cupcakes set berbunga ros merah daripada saya dan kali ini dia teringat untuk mengulangi permintaannya itu buat dibingkiskan kepada bakal suaminya Hem, cepatnya masa berlalu.




caption: Saya memang enjoy buat kek ini. Rakit sungguh. Hilang rasa sakit belikat dan migraine. Thanks Ena.



captions: Set putih ini pula diminta oleh Roziana untuk majlis pertunangannya.



Cinta dari bumi Kiwi






Cerita di sebalik cupcakes inipun menarik juga. Apa tidaknya, rasa-rasanya baru lagi saya menyiapkan tempahan cupcakes untuk Ieka, yang menghubungi saya all the way from New Zealand. Dia berhajat menempah cupcakes untuk buah hati pengarang jantungnya -- Syafiq.


"Aunty tolong hantar cupcakes tu di KPP kat Shah Alam ya. "


Sebenarnya, saya jarang ni nak terima tempahan berserta delivery. Tak perlulah saya jelas sebabnya ya. Tapi kali ini, mengenangkan Ieka berada jauh di New Zealand, maka saya minta Alia hantar saja cupcakes tanda cinta dan rindu dendam membara loka Ieka ini untuk kekasih hatinya itu.



Aleh-aleh, pada satu pagi yang indah itu, saya terima pula email daripada Syafiq. Dan kali ini dia pula minta saya menyiapkan bingkisan cinta untuk Ieka.



"Aunty hantar ke asrama yang saya duduk dulu tu ya Aunty."


Saya terpana?!?


"Oh! Kali ini giliran Syafiq pula menyambung study di New Zealand dan Ieka pula yang menanti kepulangan pualam hatinya itu di Shah Alam. Hem...what a twist! Tapi kali ini, walaupun saya sudah bersetuju untuk menghantarkan cupcakes itu kepada Ieka, namun bingkisan cinta Syafiq itu diambil sendiri adik Syafiq. Oh! Baiknya adik Syafiq. Jadi saya pulangkan saja ongkos delivery kat adik Syafiq itu.








Yes, We're BFF!



Ok, ini pula adalah bingkisan cupcakes yang ditempah oleh NZ untuk kawan-kawannya. Dia antara teman siber yang saya bersedia untuk add dalam FB peribadi saya. Suka saya dengan sikap NZ yang sangat berhemah ini. Sebenarnya sudah banyak kali juga NZ menempah cupcakes daripada saya dan kali ini dia mahu beri kepada kawan-kawan baiknya pula. Mereka membuat reunion. NZ serah kepada saya dalam menentukan tema dan warna cupcakes.





Jadi, saya pilih tema mawar putih, tanda suci sebuah persahabatan. Saya gubah ros kembang dan saya selitkan juga mawar yang masih kudup. Ini adalah sebagai tanda mereka adalah BFF! Best Friend Forever gitu! Dan untuk satu lagi cupcakes, saya hanya letak initial W&L sahaja, iaitu pangkal nama Liza dan suaminya, Wan.




Kek Hantaran Buat Sepupu Tersayang!




Ok, yang menempah kek ini namanya Intan. Sepupunya nak bersanding, jadi dia sibuk mencarikan kek untuk hantaran, sebagai hadiah. Bagus betul sepupu macam ni kan? Kalau semua orang pakat contribute untuk sediakan keperluan perkahwinan, tak ler pengantin rasa terbeban sangat kan? Maklumlah, nak kawin, kalau tak ada ribu riban...memang tak sah ler jawabnya.



Jadi kepada semua sepupu di luar sana....cepat....cepat. Berjasalah kepada sepupu kamu semua! Kalau ada 13 dulang hantaran, pakat taja sorang satu dulang. Tapi kalau sepupu yang nak kawin tu adalah untuk buat kali kedua (ketiga atau seterusnya), kita abaikan saja. Kita bagi dia 'teloq tembelang' udah! Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

:-))




OK, akhir kalam....wasalam! Teman nak pi Imigresen jap. Ada misi penting! Nanti kita jumpa lagi. Cepat buat kerja tu. Waktu rehat dah nak habis ni. Jangan dok FB and google jer waktu pejabat.....tak baik!!! Tapi kalau nak tenguk blog Cupcakekasih....apa salahnya!


:-))

Tuesday, December 15, 2009

Tumpang Lalu...Tumpang Lalu Pleasee!!!..

...ni ada orang nak lalu ni...


:-)


Siapa lagi kalau bukan Alice ...!


Ya, Awas ya orang Batu Pahat dan kawasan sekitarnya,
kalau berhajat nak tempah cucpakes dengan
beranika gaya orang -- sama ada nak tema golf,
princess, main bola.....mandi kolam

Hatta
nak tema orang 'jatuh pokok' pun
dah tak perlu ralat
sebab ada orang Batu Pahat
dah tau cara nak buat.


Ya...orang yang saya maksudkan itu ialah dua beradik yang gigih ini.
Please watch-out for Alice and dindanya, Lina, yang baru-baru ini sempat bertandang ke rumah saya untuk mempelajari seni merias dan membentuk figurines menggunakan fondant. Bersama-sama Alice and Lina ialah kawan sehati sejiwa, yang sangat hebat mengadun coklat, iaitu Aishah Ahmad.


Sebenarnya, sebelum bertemu Alice, saya pernah menerima emelnya, dan dengan penuh berhemah Alice minta permission untuk meminjam idea dekorasi saya. Katanya customers yang menempah mahu designs yang macam itu. Saya kata 'OK' sahaja, tapi dalam hati terdetik juga...baik sungguh Chinese girl ni. Siap minta izin lagi :-))


Tapi apabila Alice emel saya sekali lagi via emel Aishah Ahmad, untuk hadiri kelas, baru saya tahu yang cik Puan Alice ni sebenarnya bukan orang Tionghua. Nama penuhnya Helyzawati dan adiknya Norzzalina. Kata Alice ramai yang belum bertemu menyangka begitu... (ngat dia budak Cina:-))


Tapi saya suka nama glamor Alice ni, sebab senang saya nak ingat. Maklumlah, nama dengan penghujung Liza ni ramai. Kadang-kadang sampai confuse dan tersasul-sasul saya bila baca emel yang banyak itu.




Apapun, saya kagum dengan semangat Alice dan Lina ni sebab sehati sejiwa menjalankan business mereka. Kata Alice, pembahagian kerja tu tak jadi masalah dan saya tenguk Lina ni sangat penyabar bila menghadap figurines yang renek-renek tu. Kemas saja hasil kerja tangan Lina. Baru setahun jagung mengendalikan business cupcakes/kek ni, tapi nampaknya Alice dan Lina bersungguh nak jadi one of the best kat Johor...especially di sekitar Batu Pahat dan yang sewaktu dengannya...Insyaallah.


captions: Lina, Alice dan Aishah Ahmad. Ketiga-tiga menjadi rapat kerana sama minat :-))





Sebenarnya, membuat fondant figurines ni seronok, tapi renyah. Banyak benda remeh yang kita kena layan. Kena belek muka, hidung, gentel fondant buat rambut, jari yang kecil dan kontot. Pendek kata mesti betul-betul sabar. Jadi, saya jarang nak anjurkan kelas ini sebab penatnya lebih berganda-ganda. Kalau yang sanggup melalui satu sesi yang panjang...sampai sakit belikat dan belakang....silakan.


Nak kata susah tu tidak, tapi kena tahu tricks menbentuk setiap satu bahagian badan itu. Silap-silap haribulan, nampak macam muka hantu atau pun macam orang yang baru lepas jatuh pokok durian. Cantik atau tidak, bergantung kepada mata hati kita sendiri. Kalau nak figurine orang yang perfect...dengan muka perempuannya cantik macam Barbie dan lelakinya macam Ken -- itu kena pakai mould. Kalau setakat uli dan canai ni....alamatnya memang muka cartoon yang kita dapat. Macam saya cakap tadi, kalau cartoon comel ok...tapi kalau salah buat, muka cartoon pun boleh macam muka orang terlebih botox!

Sabar ya Lina. Gentel satu persatu....lepas tu sambung le tangan ikan duyung tu!






Semua teknik dekorasi fondant figurines ini saya reka sendiri hasil pengamatan di alam maya dan buku yangs aya beli. Sebenarnya kalau sesiapa yang pandai melukis tu, lagi senang buat fondant figurine ini sebab kita boleh bayangkan rupa gaya orang kenit yang nak kita bentuk tu.






Jadi, dipendekkan cerita, untuk kelas figurines yang dihadiri Alice, Lina dan Aishah Ahmad ni, saya ajar cara buat orang dengan beberapa posisi/aksi -- berdiri, duduk, tertiarap, bentuk mermaid, pengantin lelaki dan pengantin perempuan serta beberapa ketul binatang. Terpulanglah kepada adindaku ini semua macam mana nak menggayakannya idea mereka sendiri kelak. Tapi, kalau dah tahu seni asasnya itu...Insyaallah tak tersesat jauh tu.


Akhir kalam, saya berhenti di sini dahulu sebab hari ini pun ada kelas. Tu...semua dah tunggu kat bawah tu.



Salam
Jun di Subang Jaya

Puspa Puspa

Puspa Puspa

CUPCAKES BY JUN

CUPCAKES BY JUN
Lovely creations, suitable for Hantaran

Tahniah Aisyah

Tahniah Aisyah
aishah: salam kak jun. Thanx for the cake. Memang cantik and sangat sedap esp part bawah kek. Haha. Tengkiu so much kak jun!!!

Saat Yang Bahagia....

Saat Yang Bahagia....
...doa semoga cinta ini dilingkungi bahagia sahaja!

Kawan Kasih

Kasih Suka Ni

Lipur Lara Kasih

About This Blog

Cupcakekasih in CLEO

BUNGA

BUNGA

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP